Thursday, July 31, 2008

Think about your chosen profession.How might computers and software enchance your productivity?Describe several ways in which you see software changing or affecting your profession.

i) Bidang perubatan
-para petugas di sesebuah hospital menggunakan komputer untuk menyimpan semua data yang berkaitan dgn pesakit.
-dgn menggunakan komputer, petugas boleh menyusun tarikh2 bagi rawatan susulan, dpt menyusun jadual bagi doktor2 yang bertugas
-selain itu, dengan menggunakan peralatan canggih dalam bidang ini dpt menyenangkan lagi tugas seseorang doktor contohnya menggunakan CAT dalam perbedahan.

ii) Bidang pendidikan
-jadual pembelajaran boleh disusun secara teratur dgn menggunakan software yang tertentu.
-sebarang maklumat yang diperlukan dalam proses pembelajaran boleh dicari di internet dengan menggunakan komputer.
-aktiviti pembelajaran menjadi lebih mudah dan lebih menarik dengan menggunakan komputer.

Tuesday, July 22, 2008


nie gmbr dlm kereta. biasa le kereta baru mesti nak pose cantik2 kan..masa nie dlm perjalanan nak g ronda2 sekitar KL hari sabtu.. pd hari cuti jer baru dpt nk bersama2 ngan keluarga.

Sunday, July 20, 2008

TUGASAN CSC 1012
When you make a transaction, many companies use computer and information system to gather data about you such as your name, address, telephone number, buying habits and credit history. They then sell this information to other companies without your permission and without giving you the chance to verify the information. What potential problem can you see in this? Explain your answer.

Masalah yg timbul:
-penggunaan data persendirian tanpa izin oleh syarikat yg tertentu.
-syarikat yg menggunakan identiti org lain bg kepentingan sendiri

Penyelesaian:
-sebelum membuat sesuatu kontrak dgn sesebuah syarikat melalui internet, perlulah mengetahui kedudukan syarikat itu samaada berdaftar atau tidak.
-kontrak yg tlh dipersetujui mestilah ada cap jari dari pihak yg membuat kontrak secara online di internet.Cap jari akan discan dan akan tertera di surat perjanjian.

-selain itu, sy juga mencadangkan spya kerajaan membuat satu akta yg khusus bg memelihara data persendirian dari disalahgunakan oleh pihak yg lain.
-yg paling penting dlm setiap perjanjian online yg dibuat, pihak yg membuat perjanjian perlu mencetak surat perjanjian itu sebagai bukti kontrak telah dipersetujui oleh pihak syarikatdgn terma-terma yg tertentu.
-selain itu, pihak kerajaan dan pihak-pihak yg bertanggungjawab perlulah selalu mengadakan kempen bagi menyedarkan rakyat tentang kelemahan menggunakan internet dalam urusan perdagangan.



Thursday, July 10, 2008

Mulakan Harimu Dgn Ucapan Syukur Pd Allah!!!

Assalamualaikum..
Sy Nur Hidayatul Akmaliah Bte Shamsuddin. Berasal dr Bndr Tun Razak,Kuala Lumpur. Berumur 20 thn dilahirkan pd 25 Februari 1988. Mempunyai 3 org adik-beradik dan sy adalah anak sulung dlm keluarga dan menuntut sy melakukan pengorbanan yg besar sebagai contoh kpd yg lain. Skrg sy menuntut di Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka dalam jurusan Diploma Undang-Undang dan Syariah.

Renung-renungkan lah wahai teman2....

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menambah-nambahkan harta bukan dengan tujuan melakukan amal.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.