Thursday, July 10, 2008

Mulakan Harimu Dgn Ucapan Syukur Pd Allah!!!

Assalamualaikum..
Sy Nur Hidayatul Akmaliah Bte Shamsuddin. Berasal dr Bndr Tun Razak,Kuala Lumpur. Berumur 20 thn dilahirkan pd 25 Februari 1988. Mempunyai 3 org adik-beradik dan sy adalah anak sulung dlm keluarga dan menuntut sy melakukan pengorbanan yg besar sebagai contoh kpd yg lain. Skrg sy menuntut di Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka dalam jurusan Diploma Undang-Undang dan Syariah.

Renung-renungkan lah wahai teman2....

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menambah-nambahkan harta bukan dengan tujuan melakukan amal.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

6 comments:

Afiq said...

NICE BLOG... AFIQ WAS HERE... : )

zulhadi said...

nice blog.. cukup kan 6 elemen itu untuk lebih menarik..

jeff hardyz said...

blog anda xlengkap lagi... cukupkan 6 elemen 2 k....

ian adeela said...

blog anda akn lebih menarik dgn 6 elemen

MisS F.... @ FiTRiyANi said...

nice blog..keep up ur gud work..

akmalyah.. said...

k time ksh sbb bg cdngan blog sdg di kemas kinikan